Ibnu Rusyd atau nama penuhnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad adalah ahli
falsafah, perubatan, matematik, teologi, ahli fikah mazhab Maliki,
astronomi, geografi dan sains. Dilahirkan di Sepanyol (tahun 1126) dan
meninggal dunia (tahun 1198) di Maghribi, beliau adalah ahli falsafah
yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya
bukan sahaja berkembang luas didunia Islam, tetapi juga di kalangan
masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes dan
bapak kepada fahaman sekularisme. Beliau lahir dalam keluarga yang
berilmu dan ternama, di mana bapa serta datuknya merupakan ahli kadi
Cordova ( Spanyol ). Selain itu, beliau telah dihantar berguru dengan
Ibnu Zuhr yang kemudian menjadi rakan karibnya. Ibnu Rushd mempelajari
ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh
perubatan yang terkenal di Sepanyol, (Ibnu Zuhr) yang pernah bertugas
sebagai doktor
istana di Andalusia.
Selain itu, Ibn Rusyd juga telah dilantik menjadi hakim di Sevilla pada
tahun 1169 dan dua tahun kemudian beliau dilantik menjadi hakim di
Cordova. Beliau telah banyak menyumbangkan jasanya dalam bidang falsafah
dan telah menyelesaikan banyak masalah berkenaan dengan perdebatan
antara ahli falsafah yang lain mengenai ilmu Allah. Sumbangan Ibn Rusyd
bukan hanya setakat itu sahaja bahkan dalam pelbagai bidang lagi
antaranya, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kajian binatang,
tatabahasa, dan nahu. Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan
bukunya yang terkenal Al-Taysir yang telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of
Treatment.
Salah satu sifat Allah yang menjadi perdebatan hebat antara Mutakallimin
dengan ahli falsafah muslim ialah sifat ilmu. Perdebatan mengenai ilmu
Allah inilah menyebabkan Al-Ghazali ( w.1111 M. ) mengkafirkan ahli
falsafah yang mengatakan Allah itu hanya mengetahui secara keseluruhan
sahaja dan tidak mengetahui secara mendalam. Ibn Rusyd atau di kenali
sebagai Averroes ( 1126-1198 M. ) cuba menyelesaikan polemic ini dengan
mengambil kira pemikiran falsafah dan teologi Islam. Beliau dengan jelas
mengatakan bahawa : Allah mempunyai ilmu kerana ilmu adalah salah satu
daripada sifat kesempurnaan-Nya. Seterusnya, ilmu Allah itu adalah abadi
dan kekal selama-lamanya. Beliau berkata demikian kerana beliau tidak
membezakan di antara zat Allah dengan sifat-Nya. Hal ini kerana Allah
dan sifat ilmu-Nya itu adalah satu. Oleh kerana zat Allah itu qadim maka
sifat-Nya juga adalah qadim.
Ibn Rusyd dengan pendapatnya iaitu "Allah mempunyai ilmu" telah
mengutarakan dua alasan bagi menyokong pendapatnya itu. Alasan pertama
yang diberikan beliau adalah sifat ilmu yang dimiliki oleh Allah itu
dinyatakan di dalam al-Quran dalam banyak ayat. Contohnya ayat al-Quran
yang bererti : Dan di sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala
yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja; dan Ia
mengetahui apa yang di darat dan di laut, dan tidak gugur sehelai daun
pun melainkan Ia mengetahuinya; dan tidak (gugur) sebutir biji pun dalam
kegelapan malam bumi, dan tidak (gugur) yang basah dan yang kering
melainkan (semuanya) ada (tertulis) dalam kitab (Lohmahfuz) yang nyata
dan terang. (6:59)
Alasan kedua yang dikemukakan oleh Ibn Rusyd ialah berdasarkan
fenomena-fonomena yang wujud di dunia ini yang boleh dilihat dengan mata
kepala. Contohnya ayat al-Quran yang bererti : Tidakkah Allah yang
mencipta makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedangkannya Dia amat
halus urusan tadbirnya dan mendalam pengetahuan-Nya. (67:14)
Berdasarkan potongan ayat di atas Ibn Rusyd menghubungkan pengalaman
kita dengan alam semesta ini, dan menggunakannya sebagai bukti bahawa
Allah itu mempunyai ilmu. Beliau berpendapat bahawa semua makhluk yang
kita lihat
Tokoh Ilmuwan Penemu -
http://www.tokoh-ilmuwan-penemu.com
mempunyai penyusunan dan kerjasama yang wujud dalam semua bahagian. Hal
ini menunjukkan bahawa perkara ini tidak berlaku dengan sendirinya
tetapi sebaliknya menunjukkan adanya seorang yang menyusun segalanya
itu, dan sudah semestinya orang itu mestilah yang berilmu. Oleh yang
demikian Allah sebagai pengarah semua yang wujud mestilah mempunyai
ilmu, dan ilmu-Nya itu mestilah yang paling sempurna seperti zat-Nya
juga. Selain itu, Ibn Rushd memberi perbincangan yang luas mengenai ilmu
Allah dalam bukunya Tahafut al-Tahafut dan Tafsir Ma Bad al-Tabiah.
Dalam bukunya Ibn Rushd menyokong pendapat ahli falsafah yang menyatakan
bahawa Allah tidak mengetahui perkara lain selain daripada zat-Nya
sahaja. Beliau memberikan beberapa alasan bagi menyokong pandangannya
itu iaitu tidak ada potensi pada zat Allah dan zat Allah itu adalah
sesuatu yang �wajib al-wujud� yang tidak sesekali menerima sebarang
perubahan.
Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan oleh Ibn Rusyd di atas, kita
mengetahui bahawa Allah hanya mengetahui zat-Nya sahaja. Masalah ini
melahirkan dilema dalam fikiran kita, dan bagi menyelesaikan dilema ini
Ibn Rushd menjelaskan hal ini secara teliti dan berhati-hati sekali
melalui ungkapan : Prinsip pertama (Allah) tidak mengtahui perkara lain
selain zat-Nya. Ungkapan itu bermaksud Allah mengetahui semua perkara
kerana ilmu-Nya itu adalah sebab kewujudan semua perkara. Contohnya
manusia dan kepanasan, di mana manusia yang hanya mengetahui kepanasan
api tidak boleh dikatakan dia jahil mengenai tabiat kepanasan objek
panas kerana ia mengetahui tabiat panas itu dengan sebab ianya panas.
Oleh yang demikian, melalui perspektif yang sama Zat Yang Pertama
(Allah) mengetahui sesuatu yang maujud dengan zat-Nya sendiri. Beliau
menerangkan lagi bahawa Allah itu bukanlah jahil tentang makhluk kerana
Allah adalah sebagai sumber segala maujudat, dan dengan mengetahui
zat-Nya sendiri sudah cukup untuk Allah mengetahui objek lain.
Seterusnya Ibn Rusyd menegaskan bahawa kekeliruan yang berlaku mengenai
ilmu Allah ini adalah di sebabkan berlakunya kesilapan qias antara ilmu
qadim (ilmu Allah) dengan ilmu baharu (ilmu manusia) dan qias seperti
ini menurut beliau adalah salah. Beliau menjelaskan bahawa kita tidak
boleh kat bahawa Allah mengetahui sesuatu di alam ini sama ada dengan
ilmu baharu atau ilmu qadim, kerana ianya adalah bidaah dalam islam.
Islam melarang perbincangan mengenai ilmu Allah dalam bentuk dailektik
(cara berfikir yang logik) kerana di kuatiri akan menyimpangkan akidah
seseorng itu. Beliau menyatakan lagi bahawa ilmu Allah dan ilmu manusia
adalah berbeza kerana ilmu Allah sebab wujudnya maujudat manakala ilmu
manusia adalah disebabkan maujudat.
Akibat daripada ini ialah ilmu manusia itu relatif kerana ia dicapai
melalui beberapa peringkat. Ianya bergerak daripada am kepada khusus dan
semua ilmu manusia adalah bersifat pasif dan kesan daripada maujudat.
Ilmu Allah menguruskan maujudat, dan maujudat menerima aktiviti ilmu
Allah. Ilmu manusia itu tidak sempurna dan mengikut objek yang
diketahui, ianya berdasarkan pengalaman harian yang mana ilmu yang kita
terima daripada deria memberikan pengalaman yang menguruskan maujudat.
Manakala ilmu Allah pula adalah sempurna kerana perbuatan mengetahui itu
adalah zat- Nya sendiri dan ilmu-Nya tidak terlibat dengan masa, sama
ada sebelum atau selepas. Secara kesimpulannya dapat disimpulkan bahawa
Ibn Rushd menerangkan secara teliti berkenaan dengan ilmu Allah yang
sebelum ini membawa kekeliruan kepada ahli falsafah yang lain.
Seterusnya, Ibn Rushd membuat ringkasan kesimpulan mengenai perbincangan
tentang ilmu Allah adalah seperti berikut. Pertama, terdapat beberapa
kekeliruan yang kadang-kadang amat ketara jika ilmu Allah ditinjau dari
sudut ilmu falsafah. Kedua, satu jalan yang dapat mengatasi kekeliruan
itu ialah umat Islam khasnya golongan massa, tidak perlu membincangkan
secara mendalam dan panjang lebar tentang ilmu Allah kerana di kuatiri
akan menyesatkan dan penyempangkan mereka hingga membawa kepada syirik.
Ibn Rushd menyatakan lagi bahawa cukuplah hanya sekadar apa yang
diterangkan di dalam al-Quran dan al-Hadith.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Cari Blog Ini
KUNJUNGAN KE
Archive
-
▼
2012
(58)
-
▼
April
(47)
- Tokoh Filsafat Aliran Kebebasan
- Penilaian Seorang Kristen terhadap Filsafat Kontem...
- Tokoh Filsafat Terbesar Islam
- Ateisme
- Tokoh Filsafat Teologi Kristen
- Cheat Engine V.5.6
- Smadav Pro 8.1
- Adobe Reader
- NTFS dan FAT
- Menjebol WEP
- HACKING WIFI LAN VIA LINUX
- Hacking Administrator Joomla – Get Full Access!
- Filsafat Cinta
- Cara Meningkatkan Kecepatan Download IDM
- cara mengaktifkan wifi atau wireless melalaui term...
- Netcut
- belajar mikrotik
- Belajar Jaringan Komputer Seri Pertama
- Hindu, Muslim, Kristen, Yahudi, Atheis dan lain-la...
- MAKALAH JARINGAN
- Cara Mengetahui & Memasang Pengunjung Online
- CARA 1 MENGHAPUS VIRUS SHORTCU
- Belajar Hack – Konsep Dasar Hacking
- Windows 7 Keyboard Shortcuts
- Layar Biru Windows 7 Pada Error Bad Pool Header
- <!--more-->
- Pasang Flash Di Blog
- Memasang Burung Twitter Di Blog
- Cbox di blog
- Membuat Buku Tamu Sembunyi
- Bahasa Jurnalistik
- Contoh Skripsi
- Biang Kerok Pertengkaran Agama
- Tentang Tuhan
- CONTOH MAKALAH
- Kelebihan dan Kekurangan Windows8
- Dua Laptop Menggunakan 1 Koneksi Internet dari Mod...
- Konfigurasi IP di Linux
- KELAS IP
- Belajar vb Membuat Pemutar mp3
- Photoshop Tutorial – Tekstur wajah tanah retak
- Efec Hantu Photoshop
- Belajar Php
- Belajar MySQL
- Buat program Database mahasiswa
- Materi VB
- VHERIBLOG
-
▼
April
(47)
0 komentar:
Posting Komentar